Poppy, Kucing Tertua Di Dunia Telah Mati

Trending

Poppy, Kucing Tertua Di Dunia Telah Mati

Masihkah anda ingat laporan kami tentang Poppy, kucing tertua di dunia?

Kucing bernama Poppy yang telah diiktiraf oleh Guinness sebagai kucing tertua di dunia pada umur 24 tahun telah mati–hanya beberapa minggu selepas mendapat gelaran itu.
 photo poppy-worlds-oldest-cat-guinness-records-13.jpg
Kucing tortoiseshell itu dilahirkan pada Februari 1990, bulan yang sama Nelson Mandela dibebaskan dari penjara. Dia hidup dalam masa pertukaran lima Perdana Menteri Britain dan telah diiktiraf secara rasmi oleh Guinness pada 19 Mei.

Advertisement

Tetapi dia mati Jumaat lepas selepas mengalami masalah dengan kaki belakang dan jangkitan air.

Pemiliknya Jacqui West, 43, berkata walaupun dia dan keluarga tahu hari kematian Poppy pasti tiba, mereka sekeluarga termasuk empat ekor kucingnya yang lain sangat sedih.

Dia mati pada Jumaat, 3.30 petang. Saya menghabiskan masa seharian dengannya kerana keadaannya yang makin teruk.

Menurut Jacqui, ia seolah-olah Poppy bertahan dengan sengaja sehingga Guinness memberinya gelaran itu, kerana proses itu memakan masa berbulan-bulan.

Keluarga itu masih bersedih dengan pemergian Poppy, dan akan merinduinya.

Laporan asal: Dailymail UK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...