Masihkah anda ingat laporan kami tentang Poppy, kucing tertua di dunia?
Kucing bernama Poppy yang telah diiktiraf oleh Guinness sebagai kucing tertua di dunia pada umur 24 tahun telah mati–hanya beberapa minggu selepas mendapat gelaran itu.
Kucing tortoiseshell itu dilahirkan pada Februari 1990, bulan yang sama Nelson Mandela dibebaskan dari penjara. Dia hidup dalam masa pertukaran lima Perdana Menteri Britain dan telah diiktiraf secara rasmi oleh Guinness pada 19 Mei.
Tetapi dia mati Jumaat lepas selepas mengalami masalah dengan kaki belakang dan jangkitan air.
Pemiliknya Jacqui West, 43, berkata walaupun dia dan keluarga tahu hari kematian Poppy pasti tiba, mereka sekeluarga termasuk empat ekor kucingnya yang lain sangat sedih.
Dia mati pada Jumaat, 3.30 petang. Saya menghabiskan masa seharian dengannya kerana keadaannya yang makin teruk.
Menurut Jacqui, ia seolah-olah Poppy bertahan dengan sengaja sehingga Guinness memberinya gelaran itu, kerana proses itu memakan masa berbulan-bulan.
Keluarga itu masih bersedih dengan pemergian Poppy, dan akan merinduinya.
Laporan asal: Dailymail UK