Usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat baru-baru ini mengakui bahawa dia amat merindui kehadiran anak-anak angkatnya yang kini menetap di Malaysia.
Kata Sajat, dia berasa sedih kerana terlalu lama berjauhan dengan keluarga dan masih mengingati anak-anak iaitu Syaza dan Syahmi.
Ujarnya lagi di Instagram, meskipun dia bukan wanita tulen, namun dia tetap merindui dan menjaga kedua-dua anak angkatnya dengan baik.
Korang sanggup pisahkan ibu walaupun ibu tu bagaimana sekalipun, dia tetap ibu. Dia pondan ke perempuan betul ke even perempuan betul pun belum tentu boleh jadi ibu yang bagus buat anak-anak.
Dia yang kini menetap di luar negara turut meminta netizen untuk tidak menilai kisah hidup orang lain dengan sewenang-wenangnya.
Tambah Sajat, dia menganggap penghinaan orang terhadap dirinya sebagai satu semangat untuk lebih maju dalam kehidupan.
Berpisahnya saya dengan anak-anak, tiada siapapun tahu tapi semangat inilah yang buatkan saya nak berjaya dan maju ke depan.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil mengucapkan kata-kata semangat buat lelaki itu untuk terus meneruskan hidup serta ada yang turut berbangga kerana usahawan itu mampu membuka perniagaan di luar negara.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.