Ramai pengguna kenderaan di Malaysia masih tidak begitu arif tentang penggunaan cermin gelap pada kenderaan mereka. Malah, ramai juga pengguna kenderaan yang berpendapat bahawa undang-undang cermin gelap kereta tidak dikuatkuaskan sepenuhnnya.
Atas faktor keselamatan dan juga privasi, ramai pengguna kenderaan tidak mengendahkan undang-undang cermin gelap kereta dengan menggelapkan kesemua cermin sisi pemandu dan juga penumpang serta belakang kenderaan.
Namun, dengan pemindaan ke atas peraturan cermin gelap di Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991, Kementerian Pengangkutan kini telah membenarkan penggunaan cermin gelap sepenuhnya pada bahagian sisi kiri dan kanan penumpang.

Kadar peratusan cermin gelap pada bahagian cermin depan kenderaan serta cermin sisi kanan dan kiri pemandu kekal seperti sedia ada – Anthony Loke Siew Fook (Menteri Pengangkutan)
Namun, kepada pengguna yang ingin menggelapkan cermin sisi depan kiri dan kanan, mereka masih perlu membuat permohonan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan. Setiap permohonan yang sah selama 2 tahun dari tarikh yang diluluskan akan dikenakan bayaran sebanyak RM5,000.
Pada pendapat kami, adalah wajar untuk mengekalkan jumlah kegelapan pada bahagian kiri dan kanan serta depan pemandu atas factor keselamatan terutamanya pada waktu malam dan juga hujan.
Apa komen anda?
Sohai
May 8, 2019 at 8:58 am
Byrn 5k utk tempoh 2 thn? Gila ke apa.. betul2 nk buat duit jpj ni. Kalau tak mohon, korang akan saman pula kan? So both ways korang dpt buat duit. Butoh. Apahal yg menjadi masalah sgt org nk psg cermin gelap tak boleh? Jd isu besar sgt? Ini utk keselesaan org di dlm kereta sbb bumi malaya ni panas mcm neraka. Duk dlm kete mcm duk dlm oven walau ada ac. Utk pompuan pula utk keselamatan. Takde la nampak sgt kalau pmpuan tu drive sorang. Jpj dan pihak berkuasa ni bodoh sgt ke tak bole nk pertimbangkan demi kemaslatan rakyat?? Ishk… geram pula aku.