Polisi Syarikat Penerbangan ‘Bajet’ Tak Terima Penumpang OKU

Trending

Polisi Syarikat Penerbangan ‘Bajet’ Tak Terima Penumpang OKU

Assalamualaikum

Nama saya Adlan Danish Musyabri, tapi family semua panggil saya Danish. Saya adalah OKU terlantar (cerebral palsy) sejak dilahirkan. Pagi semalam rasa seronok sangat lepas dapat tahu mama Shafiza Nudrah nak bawak Danish balik Penang jumpa tok Fauziah Abdul Rahman dgn tok wan Abdul Jalil Ariffin. Lepas tu mama bagi tahu nak balik naik kapal terbang, terasa best sangat. Angah Shafina Nadirah pun ikut sama balik Penang.

Advertisement

Bestnya!

Saya bangun awal pagi, mama tolong mandikan dan siapkan Danish. Lepas tu papa hantar kami ke airport Subang. Tak sabarnya naik flight, nak naik Firefly pulak tu. First time nak naik Firefly. Tiba2, bila sampai kat kaunter nak check in, ground staff Firefly bgtau OKU mcm saya tak boleh naik Firefly.

Terasa sedih sangat-sangat kenapa OKU macam saya tak boleh naik Firefly. Mama dan angah pun tak naik sebab Danish.

Mama dan angah cuba merayu supaya saya boleh naik tapi staff tu kata cuma penumpang yg boleh berjalan sendiri dan duduk tegak sendiri sahaja yang boleh naik Firefly.

Saya tahu saya mungkin menyusahkan org, saya tak boleh jalan sendiri, tak boleh duduk sendiri. Tapi danish ada mama, mama kuat boleh dukung Danish naik tangga dan pegang danish duduk dalam flight tapi staff Firefly tetap tak bagi dan katanya memang dah jadi polisi syarikat memang tak benarkan. Tetapi masa papa Danish beli tiket ni tak pula dinyatakan OKU tak boleh naik Firefly.

Masa di kaunter pun tiada signage kata OKU tak boleh naik Firefly, yang ada cuma ibu mengandung sahaja yg tak boleh naik.

Mungkin OKU macam saya ini dipandang hina dan tak layak naik flight kecil Firefly yg acah-acah private jet kononnya, saya sedar saya ni OKU

Sebab nak balik Penang juga nak jumpa tok ngan tokwan, mama dengan angah cari jugak tiket flight lain, tapi terpaksa naik di KLIA. Aduh! lambat lagi lah nak jumpa tok dan tokwan.

Alhamdulillah, dapat jugak tiket lain tapi naik Air Asia, kalau beli dengan MAS, kena tambah sorang RM400.

Mahalnya.

Senang-senang saja MAS buat duit yer. Nasib baik tiket Air Asia masih ada yang murah tapi itu lah, kami kena gerak pi KLIA pulak dah, lepas dah beli tiket kami pun gerak ke KLIA.

Alhamdulillah selamat sampai KLIA.

Dapat jugak naik flight balik Penang. Seronok sangat! Tengok lah gambar saya naik flight. Okay je kan duduk sendiri. Nampak saya seronok kan dalam gambar tu. Malu pula nak post gambar yang seronok gila tu.

Tetapi tak apa, post saja lah, sebab seronok sangat. Terima kasih Air Asia sebab sudi menerima penumpang macam saya, terima kasih sangat-sangat

MAS ngan Firefly, lain kali jangan lah menyusahkan OKU macam saya ya. Kesian saya, kena pegi sana sini, kesian tau!

Dah tahu saya tak  boleh jalan sendiri pun disuruh ke sana ke sini. Lain kali di website masa kami nak beli tiket tu bagi tahu lah siap-siap pasal ni. Tak ada lah orang main beli tiket Firefly.

Jangan kata customer, yang jaga kaunter tiket MAS kat KL sentral tu pun tak tahu OKU tak boleh naik Firefly. Ini kan pula customer macam saya, lagi lah tak tahu.

Kesian staf tu, confirmed kena maki dengan papa Danish. Lain kali letak lah notis siap-siap masa orang nak beli tiket tu.

Contohnya:
1. “Jika anda OKU, jangan beli tiket Firefly, anda tak diterima sebagai penumpang kami”
2. “Hanya manusia yang hidup dan boleh berjalan sendiri serta duduk sendiri sahaja yang dibenarkan naik Firefly”
3. “Pastikan anda bukan OKU sebelum membeli tiket penerbangan Firefly kerana OKU tak layak untuk terbang bersama kami”

Itu contoh saja, MAS ngan Firefly buat lah ayat sendiri. Saya ni berjalan sendiri tidak boleh, duduk sendiri pun tidak boleh, bercakap pun tidak boleh atau Firefly malu nak mengaku discriminate OKU.

Tak apa, mengaku pun tak apa kami golongan OKU faham dan sedar diri. Pengalaman dengan Firefly semalam merupakan satu pengalaman yang mengajar saya erti sedar diri.

Apa pun, saya dah selamat sampai Penang dengan Air Asia (now everyone can fly) dan bukan dengan Firefly (now not everyone can fly).

Semoga OKU yang lain ambil iktibar dari pengalaman Danish. Jangan jadi macam Danish, nanti kena tukar naik flight lain pulak  yang penting jangan naik Firefly ya ingat tau.

Sumber: Azmir Musyabri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...