Polis Turunkan 800 Iklan Pinjaman Wang ‘Ah Long’ Di Besut

Kehidupan

Polis Turunkan 800 Iklan Pinjaman Wang ‘Ah Long’ Di Besut

Sudah biasa kelihatan poster ‘Ah Long’ di sekitar jalan raya, bangunan, dan di mana sahaja dan ia akan menjurus kepada peningkatan kes peminjaman wang haram di Malaysia.

Sebanyak 800 poster iklan pinjaman wang ‘Ah Long’ diturunkan di sekitar Besut, Terengganu. Ia adalah usaha untuk mengekang aktiviti haram di samping memberi kesedaran kepada masyarakat supaya tidak terjebak dengan sindiket tersebut.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Besut Superitendan Abdul Rozak Muhammad berkata, Op Vulture yang dijalankan selama empat hari bermula 26 Mac lalu itu melibatkan semua kawasan di daerah Besut dengan kerjasama penguatkuasa Majlis Daerah Besut (MDB).

“Polis dapati sindiket ini (Ah Long) mengambil kesempatan ketika pandemik Covid-19 dengan menampal banyak poster di pelbagai lokasi untuk mendapatkan lebih ramai mangsa bagi membuat pinjaman mudah”.

iklan pinjaman wang ah long

“Usaha ini diharap dapat mengekang aktiviti haram itu daripada terus berleluasa kerana jika tidak dibendung ia akan memberi kesan kepada masyarakat”.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Besut hari ini.

Tambahnya, kawasan Kampung Raja mencatatkan jumlah iklan paling banyak diturunkan iaitu 350 keping diikuti Kuala Besut (250 keping) dan Jertih (200 keping).

Abdul Rozak mengingatkan orang awam untuk melaporkan kepada polis sekiranya ternampak individu yang menampal iklan pinjaman wang tanpa lesen di sekitar daerah berkenaan.

Menampal iklan ialah satu kesalahan mengikut Seksyen 29A(A) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951 yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda RM20,000 jika sabit kesalahan.

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...