Polis Trafik Melambung Dirempuh Pelajar Kolej Ketika Bertugas

Trending

Polis Trafik Melambung Dirempuh Pelajar Kolej Ketika Bertugas

Seorang polis trafik telah dilanggar oleh seorang pelajar kolej ketika beliau sedang mengawasi lalu lintas.

Advertisement

Polis trafik tersebut sedang menjalankan tugas di persimpangan Jalan Hishamuddin. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) beliau dilanggar oleh seorang pelajar kolej  tersebar di media sosial.

Menurut Astro Awani, Pelajar kolej swasta dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan denda RM5,000 di Mahkamah Trafik Kuala Lumpur setelah didapati bersalah memandu secara melulu dan berbahaya.

Majistret M. Saravanan menjatuhkan hukuman itu sebaik tertuduh, Tan Wooi Zhan, 25, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mahkamah turut memerintahkan lesen memandu tertuduh digantung selama tiga tahun.

Menerusi rakaman (CCTV) yang tular di media sosial, dia merempuh mangsa sehingga melambung dan tercampak ke tengah jalan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda serta hilang kelayakan menunggang atau mendapatkan lesen memandu selama dua tahun, jika sabit kesalahan.

Kepada anda semua berhati-hati ya ketika membantu. Jangan sampai orang lain yang tercerdera akibat kecuaiaan kita.

Ingatlah orang tersayang!!

Sumber: Astro Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...