Polis Trafik Kendong Warga Emas Pengsan Tepi Jalan Menyentuh Hati Netizen

Kehidupan

Polis Trafik Kendong Warga Emas Pengsan Tepi Jalan Menyentuh Hati Netizen

Peranan dan tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM) bukan sahaja tertumpu kepada masalah jenayah, mengawal lalu lintas dan menjaga ketenteraan awam.

Malah, badan penguatkuasa ini juga sentiasa bersedia menyumbang bakti, berkhidmat untuk masyarakat yang memerlukan bantuan tanpa mengira pangkat, bangsa agama dan latar belakang.

Advertisement

Menerusi satu hantaran di laman Instagram Polis Trafik Malaysia memaparkan keprihatinan polis trafik menggendong seorang warga emas di jalan Sungai Ujong, Seremban, Negeri Sembilan.

Menurut sumber, warga emas tersebut telah pengsan di lokasi sebelum diberi bantuan oleh polis trafik berkenaan.

“Demi tanggungjawab dan amanah yang dipikul, keselamatan masyarakat sentiasa diutamakan tidak kira di mana anda berada”.

“Sarjan Omar, Koperal Jamsari, Lans Koperal Amir dan Lans Koperal Akma daripada Unit Penguatkuasa Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT), Ibu Pejabat Daerah Seremban memberi bantuan kepada seorang warga emas berusia 80 tahun dipercayai pengsan di Jalan Sungai Ujong, Seremban”.

“Keprihatinan dan keselamatan masyarakat pengguna menjadi keutamaan JSPT PDRM”- tulis hantaran di laman Instagram.

Dimaklumkan sejurus selepas itu, warga emas berkenaan telah selamat dihantar pulang ke rumah keluarganya.

Sikap keprihatinan dan tanggungjawab sosial yang dipamerkan anggota trafik bertugas itu secara tidak langsung membuatkan netizen terharu dan menyatakan rasa hormat kepada mereka.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...