Polis Trafik Beri Pesananan Buat Pasangan Bakal Berkahwin

Trending

Polis Trafik Beri Pesananan Buat Pasangan Bakal Berkahwin

Seperti yang kita tahu, urusan pernikahan dan proses perkahwinan bukanlah satu perkara yang mudah kerana pasangan bakal berkahwin perlu melalui pelbagai fasa sebelum ikatan itu menjadi sah.

Pasangan yang bakal berkahwin perlu melalui pelbagai fasa seperti menghadiri kursus perkahwinan, melakukan ujian HIV, mengisi serta menghantar borang nikah, menyediakan mas kahwin dan sebagainya.

Advertisement

3 years ago

Adakan Majlis Perkahwinan Ketika SPP, Keluarga Ini Dikompaun RM2,000

Lebih-lebih lagi dengan situasi pandemik yang melanda negara kita sekarang yang mengekang kita untuk ke sana sini dengan mudah kerana tidak boleh merentas daerah dan negeri. Ia sekaligus menyukarkan sedikit proses pernikahan bagi satu-satu pasangan yang bakal berkahwin.

Walaupun banyak sudah kita lihat pasangan yang berkahwin dalam tempoh pandemik ini, namun mereka sebenarnya tetap perlu melalui proses pernikahan yang agak sukar sebelum berjaya mendirikan rumah tangga.

Pasangan bakal berkahwin ini diberi pesanan khas oleh pegawai polis trafik di satu roadblock  ketika hendak hantar borang nikah

Tular baru-baru ini di laman media sosial TikTok, sebuah perkongsian video oleh seorang pengguna yang memaparkan kejadian dihadapi oleh satu pasangan bakal berkahwin ketika sedang menuju ke sebuah lokasi untuk menghantar borang pernikahan mereka.

Dalam perkongsian video tersebut, pasangan itu terpaksa melalui jalan yang mempunyai roadblock dan meminta izin terlebih dahulu daripada polis trafik yang bertugas serta menunjukkan bukti ingin menghantar borang nikah itu.

“Lima tahun perkahwinan adalah tempoh untuk mengenal. Jadi kita kena bersabar, kita yang lelaki kena kurangkan ego kita. Orang kata beras kita beli, tak semestinya kita betul. Lagi satu kalau nak tahu rezeki, jaga isteri. Jangan ada skandal. Jaga isteri inshaAllah ada rezeki. Lepas tu amalkan solat Dhuha” – Pegawai Polis Trafik

Apa yang menarik perhatian penonton perkongsian video tersebut adalah apabila pegawai polis yang sedang bertugas semasa itu sempat memberikan nasihat kepada mereka tentang asam garam hidup berumah tangga dalam tempoh lima tahun pertama. Steady lah ‘abang’ polis itu.

“Patut lah jam dekat roadblock, rupa-rupanya ada yang kena ceramah”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 740.8 ribu tontonan, 89.1 ribu tanda like dan 2.5 ribu komen. Rata-rata netizen turut merasa kagum dengan pegawai polis tersebut kerana memberikan nasihat yang bagus kepada pasangan itu.

Polis bagi pesanan buat pasangan bakal berkahwin

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Polis bagi pesanan buat pasangan bakal berkahwin

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Tidak kurang juga yang berseloroh mengatakan kini pihak polis trafik pun sudah bertukar menjadi pakar motivasi kerana sudah terlalu lama melakukan roadblock. Ada-ada sahaja lah korang ni.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...