Polis Terima Lima Laporan Kes Liw*t, Suspek Adalah Naib Ketua Pemuda Sebuah Parti Politik – “Mangsa Diugut Kalau Buka Mulut”

Trending

Polis Terima Lima Laporan Kes Liw*t, Suspek Adalah Naib Ketua Pemuda Sebuah Parti Politik – “Mangsa Diugut Kalau Buka Mulut”

Polis Daerah Mersing mengesahkan telah menerima lima laporan berhubung kes liwat yang membabitkan seorang lelaki dipercayai naib ketua pemuda sebuah parti politik.

Menurut Ketua Polis daerah itu, Supritendan Abdul Razak Abdullah Sani, setakat ini laporan polis yang diterima oleh pihaknya membabitkan enam mangsa.

Advertisement

 

Bermula dengan dua mangsa membuat laporan

Kata Abdul Razak, ia bermula dengan dua laporan polis terlebih dahulu yang dibuat oleh dua mangsa sebelum beberapa individu lain turut tampil melaporkan insiden yang sama.

mangsa liwat

Dua mangsa tersebut merupakan remaja lelaki warga tempatan berusia 15 dan mendakwa pernah diliwat suspek antara 2017 hingga Februari lalu.

Selepas dua laporan polis dibuat dua mangsa, kita menerima tiga lagi laporan dibuat empat individu sehingga semalam. Menjadikan keseluruhan laporan diterima adalah lima membabitkan enam mangsa.

Ujarnya lagi, kertas siasatan telah dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya hari ini dan pendakwaan dijangka dibuat semalam di Mahkamah Kota Tinggi.

Suspek berusia 30-an itu ditahan reman dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

 

 

Netizen ‘siasat’, dedah wajah suspek?

Sementara itu, menerusi laman sosial X ramai netizen yang mendapat tahu tentang berita ini telah membuat ‘penyiasatan’ sendiri dan mendakwa mereka tahu siapa suspek yang dimaksudkan.

Dalam pada itu, ramai berhadap kes sebegini mendapat perhatian yang maksimum sama seperti kes stoking mempunyai kalimah Allah sebelum ini.

liwat

Seorang pengguna X turut berkongsi tangkap layar teks laporan polis yang dibuat dan dari situlah nama suspek diketahui ramai.

Berdasarkan laporan itu, mangsa mendakwa suspek mengugut untuk menyebarkan gambar dan video sekiranya mereka melaporkan tentang kejadian liwat tersebut.

Kedua-dua mangsa mengaku diliwat sejak berumur 14-17 tahun. Suspek turut mengugut untuk menyebarkan gambar dan video sekiranya mangsa memberitahu kepada sesiapa. Selain diliwat, mangsa juga telah dipaksa mencium dan menghisap kemaluan suspek.

kes liwat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...