Polis Terima Laporan Video Curang Doktor & ‘Office Wife’

Berita

Polis Terima Laporan Video Curang Doktor & ‘Office Wife’

Polis Kota Bharu mengesahkan menerima laporan berkaitan video tular yang memaparkan seorang wanita berstatus isteri orang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan seorang doktor. Video berkenaan dikatakan dirakam oleh suami wanita terbabit sendiri selepas menuduh isterinya curang.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud memaklumkan laporan diterima daripada doktor sebuah pusat perubatan swasta sekitar jam 6.27 petang, Ahad lalu. Kes tersebut diklasifikasikan sebagai “rujuk lain agensi (RLA)” untuk tindakan lanjut.

Advertisement

doktor curang

Sebelum itu, video terbabit tular di Facebook apabila seorang lelaki mendakwa isterinya berlaku curang dengan doktor berstatus suami orang. Lelaki berkenaan juga berkongsi rasa kecewa kerana tidak menyangka isterinya sanggup mengkhianati rumah tangga yang dibina sejak 10 tahun lalu dan telah dikurniakan dua orang anak.

Dia turut menegaskan punca masalah bukanlah kerana isu kewangan, pergaduhan atau kurang masa bersama, tetapi berpunca daripada istilah “office wife” yang didakwa menjadi alasan kecurangan tersebut.

Dr wong
2025-08-27 16:10:12

Tular Video 'Doktor Curang' Tempoh Hari Heret Staff Wanita Muslim Masuk Bilik - "CCTV Makan Tuan.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...