Polis Terima 300,000 Permohonan Perjalanan Merentasi Negeri Di Aplikasi Gerak Malaysia

Trending

Polis Terima 300,000 Permohonan Perjalanan Merentasi Negeri Di Aplikasi Gerak Malaysia

Kurang daripada 12 jam selepas polis melancarkan aplikasi Gerak Malaysia, orang ramai sudah mula mengisi permohonan atas talian untuk pulang ke destinasi masing-masing. Lebih 300,000 permohonan diterima pihak polis berdasarkan data aplikasi yang ditunjukkan.

Aplikasi ini dibangunkan dan dilancarkan secara rasmi pada 26 April untuk memudahkan orang ramai yang terkandas di kampung halaman. Kebanyakan rakyat Malaysia pulang ke kampung sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada 18 Mac lepas.

Advertisement

Kebenaran yang diberikan melalui aplikasi ini akan membolehkan orang ramai dibenarkan pulang ke rumah atau tempat kerja masing-masing. Perjalanan merentasi negeri sebelum ini dilarang kecuali mempunyai alasan dan perkara kecemasan sahaja. 100,000 daripada 300,000 jumlah permohonan kesemuanya memilih permit untuk perjalanan keluar negeri.

aplikasi Gerak Malaysia

Bagaimanapun jumlah ini dipercayai akan meningkat berlipat ganda pada 1 Mei ini.

Pihak polis masih lagi memantau dan mengkaji trend permohonan yang di buat menerusi aplikasi Gerak Malaysia. Pemantauan ini dibuat untuk menyusun jadual tarikh perjalanan yang lebih baik di samping mengelakkan kesesakan jalan raya.

Pemohon yang mempunyai alasan yang kukuh akan diterima permohonan untuk melakukan pergerakan perjalanan antara negeri. Orang ramai dinasihatkan untuk memberikan kerjasama dengan membuat permohonan mengikut prosedur dan alasan yang benar.

Kerjasama yang diberikan akan membantu untuk melancarkan sistem aplikasi dan memberi manfaat kepada semua. Tarikh mula perjalanan akan diumumkan setelah kerajaan selesai menyemak. Oleh itu, pemohon perlu menyemak tarikh tersebut dari masa ke masa.

sekatan jalan

Perkembangan tentang jadual pergerakan antara negeri akan diumumkan kemudian. Pada mulanya tarikh awal pergerakan perjalanan bermula 1 hingga 3 Mei telah ditarik balik. Banyak data yang telah dikumpulkan dan ini memakan masa sebelum prosedur operasi standard (SOP) diumumkan.

SOP berkenaan akan dikeluarkan setelah mendapat kerjasama antara Majlis Keselamatan Nasional (MKN), polis dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Prosedur membenarkan orang ramai yang berada di kampung untuk pulang ke bandar tidak semudah seperti membawa pulang pelajar ke kampung.

Permohonan menerusi aplikasi ini hanya untuk mereka yang ingin pulang ke bandar dan bukan sebaliknya.

lebuhraya

Untuk makluman, kemudahan seperti kedai makan dan surau awam tidak akan dibuka untuk orang ramai di sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan.

Ini untuk mengelakkan sebarang pengumpulan orang ramai di satu kawasan. Hanya tandas awam yang akan dibuka untuk kegunaan sementara manakala stesen minyak akan mula beroperasi bermula jam 6 pagi hingga 12 tengah malam sahaja.

Inisiatif membenarkan orang ramai pulang ke bandar kerana kerajaan prihatin dengan aduan yang diterima sebelum ini. Rata-rata rakyat Malaysia ingin pulang ke rumah atau tempat kerja dengan alasan yang kukuh.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...