Polis Terima 12 Laporan Buli Di Sekolah Berasrama, Anak Tam Spider dan Khir Rahman Antara Mangsanya

Berita

Polis Terima 12 Laporan Buli Di Sekolah Berasrama, Anak Tam Spider dan Khir Rahman Antara Mangsanya

Pihak polis telah menerima 12 laporan berkaitan dengan kes buli di sebuah sekolah berasrama yang turut membabitkan anak kepada penyanyi kumpulan Spider, Tam, dan seorang pelakon terkenal, Khir Rahman.

buli

Advertisement

Memetik daripada Harian Metro, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata sebahagian laporan itu telah dibuat oleh mangsa dan sebahagiannya daripada ibu bapa kepada mangsa.

Dalam siasatan awal, didapati kesemua mangsa berusia 14 hingga 16 tahun manakala pembuli berusia 17 tahun. Sebanyak tiga kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Pihak polis telah merekodkan keterangan seorang warden asrama sekolah tersebut yang disyaki terlibat dalam kes berkenaan. Pihak polis akan mengambil keterangan daripada enam orang pembuli itu pada 13 dan 14 Oktober ini. 

Tam Spider dan Khir Rahman turut tampil mendedahkan perkara yang sama turut berlaku kepada anak mereka. Mereka mendesak agar pihak sekolah mengambil tindakan sewajarnya terhadap pembuli-pembuli tersebut.

Selain itu, kami kongsikan berita mengenai buli yang lain pada pautan di bawah

norza
2 months ago

"Faham Isu Dulu Sebelum Komen.." - Kesal Keluarga Kena Buli Siber, Norza Akan Undur Diri Dari BAM

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...