Tatkala mangsa-mangsa banjir bergantung harap dengan anggota penyelamat, ada pula pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang tergamak menyusahkan pihak berkuasa tersebut.
Menurut laporan, pihak polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas, Kelantan mendedahkan mereka telah menerima 107 panggilan palsu berkaitan banjir.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, polis daerah itu telah dihubungi oleh orang awam yang mengatakan mereka terperangkap akibat banjir.
Namun, setelah meredah arus banjir di kawasan yang dinyatakan untuk mencari dan menyelamatkan mangsa, pihak penyelamat mendapati tiada rumah di lokasi berkenaan.
Tindakan tidak bertanggungjawab tersebut sangat mengecewakan pihak penyelamat bahkan turut membuang masa dan tenaga mereka yang boleh digunakan untuk menyelamat mangsa banjir.
Perbuatan sebegitu sangat mendukacitakan kita kerana untuk sampai ke satu-satu lokasi bukanlah senang, sebaliknya pasukan perlu meredah arus deras. Justeru, saya mengingatkan semua pihak supaya tidak mengambil kesempatan dalam keadaan yang agak meruncing kini.
Tambahnya, disebabkan itu pihaknya kini akan membuat tapisan setiap panggilan sebelum tindakan selanjutnya diambil dan Mohd Yusoff menyifatkan perbuatan itu sebagai ‘amat malang’ kerana menyusahkan pihak berkuasa dalam menjalankan operasi menyelamat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.