Polis Terbunuh Ditembak Lelaki Bersenjata Filipina Di Pulau Mabul, Sabah

Trending

Polis Terbunuh Ditembak Lelaki Bersenjata Filipina Di Pulau Mabul, Sabah

Seorang anggota polis dilaporkan terbunuh dan seorang lagi dipercayai telah diculik setelah kejadian tembak menembak di kawasan menyelam Pulau Mabul, Semporna di pantai timur Sabah.

Kejadian tembak-menembak dengan polis itu berlaku sebelum tengah malam dengan lapan lelaki bersenjata dan berpakaian tentera mendarat di pulau itu sekitar jam 11.30 malam Sabtu.

Laporan-laporan awal kepada polis Semporna menyatakan salah seorang anggota polis yang terlibat dalam kejadian itu mungkin telah diculik.

Advertisement

Para penyelam yang berada di resort pulau tersebut memberitahu mereka mendengar bunyi tembak menembak.

Terdapat beberapa percubaan oleh lelaki bersenjata Filipina sebelum ini untuk menceroboh Pulau Mabul yang merupakan destinasi menyelam popular di pantai timur Sabah.

Minggu lepas, keselamatan di pulau itu dipertingkatkan setelah tujuh lelaki bersenjata melakukan percubaan menculik di ladang penternakan ikan Kampung Bangau Bangau, Semporna.

Penternak-penternak ikan telah dipindahkan dari ladang mereka dan sekurang-kurangnya tujuh lelaki bersenjata dilaporkan masih berada di kawasan tersebut.

Laporan asal: The Star

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...