Polis Temui Lebih Lima Tan Daun Ketum Dalam Lori Tangki

Trending

Polis Temui Lebih Lima Tan Daun Ketum Dalam Lori Tangki

Daun Ketum adalah herba yang digunakan secara tradisional untuk memberi tenaga selepas bersalin dan kekuatan melakukan kerja berat atau tugas membosankan dalam rutin seharian. Ia diguna meluas di Malaysia dan Thailand.

Pokok ketum diisytihar bahan terlarang sejak tahun 2003. Daun ketum ini kadangkala dijual setelah dicampur bahan-bahan lain termasuk tembakau, alkohol, kafein, pil khayal, ubat nyamuk, ubat batuk dan bermacam-macam lagi yang menjadikan ia berbahaya.

Advertisement

3 years ago

Miliki Mercun Dan Daun Ketum, Dua Lelaki Ditahan Polis

Ia dipercayai turut kurangkan rasa mengantuk selain berasa mood keseluruhan menjadi lebih ‘sihat’. Pengguna daun ketum sukar disaring secara biasa melalui urin menyukarkan untuk mengesan pengguna kasual dan tahap penagihan.

Kesan terhadap pengguna, secara umum ialah kurang tumpuan kerja, risiko lalai ketika bertugas, khayal dan ponteng kerja. Penggunaan daun ketum ini seharusnya dipantau seperti juga nikotin dalam rokok atau ubat berbahaya lain.

Cubaan dua lelaki menyeludup 5,660 kilogram (kg) daun ketum bernilai kira-kira RM200,000 menggunakan sebuah lori tangki gagal apabila berjaya dikesan pihak polis dalam satu sekatan jalan raya (SJR) dekat Chetok Tok Uban, Pasir Mas semalam.

Menurut sumber daripada BERNAMA, Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata lori tangki itu ditahan pada pukul 2.30 pagi semalam selepas pihak polis menerima maklumat berkaitan kegiatan itu kira-kira pukul 1 pagi.

Tambah beliau lagi, lori terbabit dipandu oleh seorang lelaki berusia 35 tahun dan ditemani rakannya yang berusia 46 tahun dipercayai dalam perjalanan dari Tanah Merah ke Machang.

Anggota polis yang menerima maklumat tersebut kemudiannya berjaya mengesan lori tangki itu berdekatan Jedok, Tanah Merah dan mengekorinya selama sejam sebelum bertindak menghubungi pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas untuk membuat penahanan di SJR Chetok.

“Setibanya lori itu di SJR, pemeriksaan telah dilakukan dan pemandunya telah menunjukkan bungkusan-bungkusan mengandungi daun tersebut yang kesemuanya berjumlah 566 bungkusan iaitu setiap satunya seberat 10 kg,” kata Datuk Shafien Mamat pada sidang media di IPD Pasir Mas semalam.

Daun ketum

Daun Ketum – Sumber Google

Turut hadir pada sidang media itu ialah Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun dan Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Mohd Nasaruddin M Nasir.

Susulan penemuan daun ketum itu, kedua-dua lelaki terbabit ditahan dan dibawa ke IPD Pasir Mas untuk siasatan lanjut. Siasatan awal mendapati daun ketum berkenaan dipercayai diperoleh dari utara Semenanjung dan laluan di Pasir Mas hanya sebagai transit sebelum diedarkan ke negara jiran.

Tambah beliau lagi, lori tangki itu baru dibeli oleh pemandu lori berkenaan semata-mata untuk digunakan bagi kegiatan tersebut. Kedua-dua lelaki terbabit yang dikesan positif dadah jenis morfin direman selama lima hari bermula semalam untuk siasatan lanjut.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...