Polis Tak Bersetuju Dengan Peraturan Baharu Cermin Gelap!

Automotif

Polis Tak Bersetuju Dengan Peraturan Baharu Cermin Gelap!

Baru-baru ini Kementerian Pengakutan telah membenarkan pengunaan cermin gelap sepenuhnya pada bahagian kiri dan kanan penumpang.

Namun, peraturan terbaru untuk pengunaan cermin gelap bagi kenderaan persendirian di seluruh negara sebenarnya menyukarkan tugas penguatkuasa terutamanya pihak polis.

Advertisement

Menurut Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Datuk Azisman Alis berpendapat tugas polis akan menjadi lebih sukar selepas ini.

Dipetik dari Kosmo, Azisman berkata perbincangan ini tidak melibatkan polis.

Seharusnya ia melibatkan kami dan mungkin boleh mengambil pandangan daripada kita.

Faktor keselamatan pasukan penguatkuasa juga akan terjejas kerana tidak boleh melihat penumpang ketika pemeriksaan dijalankan.

Sebelum ini, penumpang dan pemandu boleh dilihat tetapi ia akan menjadi sukar kerana tiada had ketelusan cahaya ditetapkan.

Polis juga sukar untuk melakukan pemeriksaan dan mengesan penumpang di bahagian belakang.

Peraturan berkenaan juga membuatkan pasukan penguatkuasaan juga lebih sukar mengesan kesalahan-kesalahan kecil seperti menggunakan telefon bimbit atau tidak memakai tali pinggang keledar.

Pindaan ke atas peraturan cermin gelap di bawah Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 itu turut meliputi kenderaan e-hailing seperti Grab.

Adakah masalah pemandu yang melanggar peraturan jalan raya akan semakin berleluasa selepas ini?

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...