“Polis Tahan Suspek Di Georgetown..” – Suami Isteri Tular, Ganggu Penunggang Motosikal Lain Di Jalan Raya Telah Ditahan Polis

Trending

“Polis Tahan Suspek Di Georgetown..” – Suami Isteri Tular, Ganggu Penunggang Motosikal Lain Di Jalan Raya Telah Ditahan Polis

Baru-baru ini sebuah video pasangan suami isteri tular kerana dipercayai mereka telah membaling pasir ke muka penunggang lain dan akan cuba menganggu sesiapa sahaja yang memotong dan lalu di tepinya di Jampatan Pulau Pinang.

Telah ditahan

Berdasarkan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Helmi Aris, pihaknya telah mengesan kedua suspek tersebut selepas melihat video yang tular itu dan menahan mereka untuk tindakan lanjut.

Advertisement

Polis menahan suspek lelaki berusia 50-an penunggang dan pembonceng wanita 30-an di sebuah premis di Georgetown hari ini untuk tindakan lanjut.

Ada rekod jenayah

Selepas semakan dibuat, didapati kedua-dua suspek mempunyai tiga rekod yang berkait jenayah pada 2021 dan 2023. Tambahan pula, menurut Ketua Polis, mereka akan dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini bagi siasatan lanjut.

Kedua-dua suspek akan dibawa untuk mendapatkan perintah reman di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam.

 

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bukan itu sahaja, Helmi Aris juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah atau ke mana-mana balai polis berhampiran.

JPJ Dirempuh mat rempit negeri sembilan
1 year ago

"Bersorak Mat Rempit Di TikTok" - Anggota JPJ Dilanggar Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya, Ada 8 Rekod Jenayah Dadah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...