Polis Tahan Seorang Penagih Dadah, Pecah Masuk & Curi Barang Di PPV

Trending

Polis Tahan Seorang Penagih Dadah, Pecah Masuk & Curi Barang Di PPV

Tidak dinafikan, kes melibatkan dadah sememangnya bukan satu perkara yang asing lagi dalam dunia khususnya negara kita Malaysia. Boleh dikatakan, setiap hari pasti ada sahaja berita baru tentang masalah individu yang terlibat dengan dadah ini.

Kes melibatkan dadah ini termasuklah penyalahgunaan dadah oleh individu, penyeludupan dadah, mengedar dadah dan juga memproses dadah. Selain itu, penggunaan dadah oleh sesetengah individu juga mampu mengakibatkan kesalahan jenayah lain seperti samun, merompak dan bermacam-macam lagi.

Advertisement

3 years ago

Polis Berjaya Tumpaskan Sindiket Pengedaran Dadah Guna Kurier

Sukar untuk diakui namun masalah dadah dalam negara kita ini masih sukar dibendung walaupun sudah pelbagai operasi dijalankan pihak berkuasa. Lebih menyedihkan, individu yang terlibat dengan dadah ini meliputi banyak peringkat umur termasuk kanak-kanak di bawah umur.

Penagih dadah pecah masuk dan curi barang dalam PPV

Menurut Harian Metro, enam kes pecah rumah dan kedai dengan kerugian bernilai kira-kira RM60,4000 berjaya diselesaikan pihak polis selepas menahan seorang penagih dadah yang memecah masuk bangunan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Dewan Jubli Intan di Mersing.

Memetik kata-kata daripada Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Cyril Edward Nuing, lelaki tempatan yang berusia 33 tahun itu telah ditahan di sebuah rumah di Kampung Sri Lumpur pada pukul 2.45 petang.

Tangkapan penagih dadah tersebut dilakukan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mersing hasil bantuan maklumat daripada orang awam dan risikan.

Aduan tentang kejadian pecah masuk bangunan PPV itu dengan kerugian kira-kira RM4,900 telah diterima Balai Polis Mersing pada 16 Oktober lalu.

Hasil serbuan dan tangkapan, pihak polis telah merampas barang di rumah suspek yang dipercayai dicuri dari PPV tersebut iaitu dua monitor jenama HP, sebuah CPU jenama HP, sebuah TV jenama Hisense, sebuah stand monitor dan sebuah penghawa dingin mudah alih jenama Midea.

Hasil serbuan tersebut juga polis turut merampas pelbagai barangan lain daripada jenayah yang dilakukan sebelum ini. Tambah Superintendan Cyril Edward Nuing lagi, suspek dipercayai berulang alik ke PPV tersebut bagi mengangkat barang-barang yang dicuri menaiki motosikal.

Penagih Dadah Curi Barang Di PPV

Supritendan Cyril Edward Nuing menunjukkan barang rampasan pada sidang media di IPD Mersing – Sumber Harian Metro

Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine

Selain itu, suspek juga mempunyai tujuh kes berkait dengan jenayah dan lapan kes narkotik selepas pihak polis menyemak rekod lampau suspek.

Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga esok dan polis juga mempercayai terdapat beberapa rakan jenayah lain yang masih dikenal pasti.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, Seksyen 379A Kanun Keseksaan, Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 38B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pendapat anda? Kongi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...