Tiada “Happy Ending” Untuk Hassan Al Kontar

Trending

Tiada “Happy Ending” Untuk Hassan Al Kontar

Sebelum ini, media dari pelbagai negara seluruh dunia sibuk membuat liputan tentang seorang lelaki warga Syria, Hassan Al Kontar, yang ‘menetap’ di kawasan larangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) sejak Mac lalu. Malangnya beliau tidak mendapat “Happy Ending” seperti dalam filem The Terminal.

MV5_BMTMx_NDc1_NDA0_OV5_BMl5_Ban_Bn_Xk_Ft_ZTcw_ODYx_Mj_Qy_Mw_._V1_SY1000_CR0

Advertisement

Beliau juga telah mengeluarkan kenyataan yang berunsur negatif terhadap Malaysia ketika ditemubual oleh pihak Media.

Semalam, polis sudah menahan lelaki itu bagi menjalankan siasatan terhadapnya sebelum kes itu diambil alih oleh Jabatan Imigresen untuk mendapatkan kerjasama daripada kedutaan Syria dan mengeluarkan dia dari negara kita.

Hassan mendakwa bahawa beliau tidak mahu pulang kerana bimbang ditahan di negaranya akibat keenggannya menyertai perkhidmatan tentera. Namun, keputusan beliau untuk mendapatkan status pelarian di Malaysia tidak berjaya.

Di Syria, beliau tidak dibenarkan masuk atas sebab tertentu dan telah membuat keputusan untuk patah balik ke Malaysia.

Pada bulan Februari lalu, keputusan beliau untuk meninggalkan Malaysia ke Ecuador telah gagal apabila beliau tidak dibenarkan menaiki pesawat Turkish Airlines pada saat-saat terakhir.

Ketua Pengarah Imigiresen Malaysia telah memberi kenyataan bahawa Hassan tidak mempunyai visa atau pas pelawat yang sah. Beliau kini telah ditahan oleh pihak polis dan akan dibawa ke pihak imigresen secepat mungkin.

Hassan mengambil keputusan untuk tinggal di kawasan transit KLIA. Hanya penumpang dengan pas penerbangan sahaja dibenarkan berada di kawasan tersebut.

Laterbelakang Hassan al-Kontar

Sebelum ini, pada tahun 2011, beliau bekerja dalam bidang insuran di UAE, dan pada waktu itu juga berlakunya perang di Syria.

Malangnya, beliau tidak dapat memperbaharui pasportnya kerana tidak memenuhi tempoh khidmat sebagai anggota tentera di Syria.

Beliau mengambil keputusan untuk menetap di UAE secara tidak sah, tetapi usaha beliau kecundang apabila beliau ditahan pada 2016.

Pada 2017, Hassan telah berjaya mendapatkan pasport baru, tetapi telah dihantar ke Malaysia. Undang-undang Malaysia menetapkan bahawa warga Syria boleh mendapatkan visa pelancong selama 3 bulan sejurus mereka mendarat di Kuala Lumpur.

3 bulan selepas itu, Hassan membuat keputusan untuk pulang ke Turki tetapi usahanya masih gagal. Cubaan beliau untuk ke Cambodia hanya berjaya untuk seketika.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...