Polis Tahan Lelaki Skodeng Dan Rakam Dalam Tandas Lelaki

Kehidupan

Polis Tahan Lelaki Skodeng Dan Rakam Dalam Tandas Lelaki

Jadi lelaki zaman sekarang pun dah tak berapa nak selamat nampaknya. Kami katakan begini selepas ada seorang lelaki telah berjaya ditangkap polis selepas didapati mengintai dan merakam video di dalam tandas lelaki.

Baca: Lelaki Ditahan Pasang Kamera Tersembunyi Dalam Tandas Wanita

Advertisement

Suspek melakukan perkara itu di tandas lelaki stesen minyak Batu 3, Shah Alam dan berjaya ditangkap orang awam yang juga mahu menggunakan tandas. Suspek pada ketika itu dilihat sedang merakam mangsa di tandas sebelah.

“Hasil pemeriksaan telefon bimbit suspek, didapati banyak rakaman video orang awam sedang membuang air kecil.” – Kata Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman.

Suspek yang berusia 37 tahun itu kemudian dibawa ke Balai Polis Subang Jaya untuk tindakan lanjut. Kes seperti ini akan disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995.

Kesalahan nampak kecil tapi perbuatan seperti ini sangat tidak bermoral. Kalau korang ada melihat kejadian tidak senonoh seperti ini, jangan biarkan dan cepat hubungi pihak polis.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...