“Polis Suruh Bawa Turun Dia Taknak” – Video Cik Epal Bergelut Nak Jumpa Anak-Anak Namun Dihalang Jofliam Jadi Tumpuan

Trending

“Polis Suruh Bawa Turun Dia Taknak” – Video Cik Epal Bergelut Nak Jumpa Anak-Anak Namun Dihalang Jofliam Jadi Tumpuan

Tular hari ini mengenai sebuah video yang dimuat naik pensohor dan usahawan Cik Epal yang bergelut untuk berjumpa anak-anaknya, Han dan Yuki kerana dihalang bekas suami, penjual pizza Jofliam.

Dalam video tersebut, kelihatan Cik Epal ditemani seorang individu dipercayai polis berada di hadapan rumah untuk berjumpa dengan Han dan Yuki.

Advertisement

Cik Epal dan Jofliam juga dilihat bertegang urat sesama sendiri di saat ibu kepada dua anak itu memanggil-manggil anak-anaknya dari luar rumah.

Sebelum ni 163 cm cakap kalau nak ambil Han & Yuki, dia nak aku datang sendiri dan suruh bawa polis dan lawyer sekali.

Hari ini aku datang lagi nak ambil anak-anak aku. Kau dah pisahkan aku ibu kandung Han & Yuki berbulan-bulan. Kau memang kejam dan zalim. Polis suruh bawa anak turun dia taknak.

Namun begitu, tidak kelihatan Han dan Yuki keluar berjumpa Cik Epal dalam video tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tampil meninggalkan komen berbaur tidak puas hati terhadap sikap Jofliam yang tidak membenarkan bekas isterinya untuk berjumpa anak mereka.

Netizen juga merasa simpati terhadap Cik Epal yang terpaksa berhempas pulas untuk bertemu anak sendiri kerana dihalang oleh Jofliam.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

anak sheila rusly saman wak doyok
3 hours ago

Suami Elisya Sandha Saman Wak Doyok Lebih RM800K, Langgar Perjanjian Sewa Kenderaan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...