Polis Siasat Video Viral Penguat Kuasa PBT Rampas Telefon Penjaja

Trending

Polis Siasat Video Viral Penguat Kuasa PBT Rampas Telefon Penjaja

Baru-baru ini viral di media sosial video pendek memaparkan seorang pegawai penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) merebut telefon penjaja kecil. Kejadian tersebut difahamkan berlaku berhampiran sebuah bank di Pasir Mas Kelantan.

Laporan Kosmo! mengesahkan, pihak polis membuka kertas siasatan berhubung rakaman tersebut. Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir, kertas siasatan dibuka selepas anggota tersebut hadir ke balai polis untuk membuat laporan setelah video viral.

Advertisement

Berdasarkan laporan pegawai PBT terbabit, ketika kejadian dia dan tujuh lagi anggota mengadakan operasi penguatkuasaan terhadap penjaja tanpa lesen yang menyebabkan halangan di tempat awam.

Semasa operasi, seorang penjaja nasi bungkus telah mengeluarkan telefon dan membuat rakaman. Dia bertindak menghalang sebelum berlaku pergelutan di antara mereka.

“Pegawai PBT itu telah menghalang lelaki tersebut daripada terus membuat rakaman sebelum berlaku pergelutan antara mereka. Lelaki berkenaan telah mengeluarkan kata-kata kesat selain menghalang anggota PBT menjalankan tugas.

Penjaja itu dipercayai tidak memberi kerjasama apabila anggota penguat kuasa PBT memintanya menyerahkan kad pengenalan untuk mengeluarkan kompaun selepas berniaga di ruang petak tempat letak kereta selain alat pengimbas suhu di gerainya didapati rosak.”

Katanya lagi, penjaja berkenaan dipercayai tidak memberi kerjasama apabila anggota PBT meminta kad pengenalan untuk mengeluarkan kompaun.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...