Polis kini sedang menjalankan siasatan selepas menerima empat laporan daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berhubung kematian empat individu selepas menghadiri sebuah konsert ketika ambang Tahun Baru.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kematian tersebut melibatkan dua lelaki dan dua wanita selepas menghadiri konsert itu di Bandar Sunway.
Bedah siasat selesai dijalankan dan punca kematian masih menunggu siasatan makmal.
Tambahnya, pemeriksaan ke atas semua individu terbabit tidak menemui sebarang kecederaan luaran dan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Namun siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengenal pasti sama ada terdapat unsur jenayah atau unsur keracunan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Mohd Ridzal Puat di talian 03-56382122 atau mana-mana balai berhampiran.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.