Polis Siasat Berita Palsu Berhubung Kenyataan Nilai 3 Terletak Di Negeri Selangor

Trending

Polis Siasat Berita Palsu Berhubung Kenyataan Nilai 3 Terletak Di Negeri Selangor

Baru-baru ini tular di Facebook mengenai Nilai 3 terletak di negeri Selangor. Polis telahpun membuka kertas siasatan berhubung kes seorang pemilik akaun Facebook yang disyaki menyebarkan berita palsu yang boleh menimbulkan kegentaran awam.

Menurut laporan Harian Metro, pemilik akaun yang dikenali sebagai N9 RADAR akan dionggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai bagi membantu siasatan.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata yang kenyataan yang dibuat oleh pemilik akaun Facebook itu boleh menimbulkan kekeliruan orang awam dan kegentaran orang ramai.

Pemilik akaun itu memuat naik status ‘Nilai 3 terletak di negeri Selangor’. Kita menegaskan bahawa Nilai 3 adalah kawasan dalam pentadbiran IPD Nilai, Negeri Sembilan dan bukannya terletak di Selangor.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 (b), Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak berkongsi atau menyebarkan berita-berita palsu.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...