Pada pertengahan Jun lalu, pihak polis telah menyerbu satu perjumpaan gay yang melibatkan lebih 100 orang lelaki yang berusia antara 20 hingga 30-an di sebuah banglo di Kemumin, Kota Bharu.
Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Kelantan iaitu Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, serbuah yang dilakukan pada jam 1 pagi itu hasil maklumat awam dan intipan yang dilakukan oleh pasukan khas.

gambar hiasan
Namun, semasa pihak polis tiba di banglo tersebut, hanya tinggal lebih kurang 20 orang lelaki.
Hasil siasatan awal mendapati mereka masih belum melakukan sebarang aktiviti persetubuhan, namun terdapat persiapan ke arah itu.
Jelasnya lagi, hasil pemeriksaan mendapati di dalam banglo berkenaan mereka menemui ratusan kondom serta ubat berkaitan HIV.

gambar hiasan
Hasil soal siasat pula mendapati mereka mengaku merupakan sebahagian daripada komuniti gay dan mengajurkan majlis tersebut secara percuma dengan promosi dilakukan menerusi media sosial.
Tiga individu didapati memiliki bahan lucah berunsur homoseksual dan disiasat di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, selebihnya telah diambil keterangan. Ada antara mereka yang mengaku menawarkan khidmat seks sesama lelaki dan juga menghidap HIV. Terdapat juga dalam kalangan mereka yang merupakan penjawat awam.
Beliau turut menegaskan bahawa Polis Kelantan memandang serius perkara ini dan akan terus memantau kegiatan kumpulan berkenaan.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.