Polis Serbu Kediaman Najib Razak Malam Tadi : Rampas Beg Tangan, Hadiah Dan Pakaian

Trending

Polis Serbu Kediaman Najib Razak Malam Tadi : Rampas Beg Tangan, Hadiah Dan Pakaian

Ketibaan bulan Ramadhan yang mulia sudah dirasai sejak semalam lagi apabila solat terawih pertama telah diadakan. Malah, Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga tidak ketinggalan untuk menunaikan ibadah tersebut di  Masjid Jamek Kampung Baru.

Advertisement

Namun, sebaik sahaja beliau pulang daripada sola terawih, kediaman peribadi Najib telah diserbu oleh pihak polis sekitar jam 10.15 malam semalam.

Sebuah trak “Black Maria” yang sering digunakan untuk membawa tahanan polis dan beberapa SUV serta lebih 10 kenderaan polis dilihat memenuhi perkarangan kediaman Najib.

Selepas hampir 10 jam, pihak polis dilihat mengeluarkan beberapa kotak yang mengandungi barangan peribadi Najib keluar daripada rumah banglo tersebut dan dimasukkan ke dalam ruangan belakang trak “Black Maria”.

Menurut peguam Najib iaitu Datuk Harpal Singh Grewal, pihak polis tidak merampas sebarang dokumen tetapi hanya barangan peribadi, beg tangan, pakaian serta beberapa hadiah untuk dijadikan sebagai bahan bukti untuk membantu siasatan. Pihak Najib dan keluarganya juga dikatakan bertindak sangat profesional dan memberikan kerjasama yang baik sepanjang proses penggeledahan dibuat.

Proses penggeledahan dibuat untuk siasatan mengikut Akta Pengubahan Wang Haram. Bagaimanapun, polis tidak maklumkan berkaitan kes apa. Ia mengambil masa yang agak lama kerana kediaman itu agak besar dan pihak polis memeriksa setiap bilik. Polis tidak rampas apa-apa dokumen, cuma ambil beberapa barangan peribadi antaranya pakaian, beg tangan dan barangan berbentuk hadiah.. dalam dua, tiga kotak.


Berita tentang serbuan tersebut menggemparkan rakyat Malaysia semalam khususnya pengguna media sosial kerana ia berlaku serentak ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan ucapan pembebasannya di sebuah perhimpunan rakyat yang diadakan di Petaling Jaya semalam. Ada sesetengah netizen menganggap ia adalah “karma” buat Najib atas segala salah lakunya selama ini.

Sumber Berita : Berita Harian

Kredit Foto : Malaysiakini & Berita Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...