Polis Sedang Mengesan Beberapa Individu Makan Di Tepi Sungai

Kehidupan

Polis Sedang Mengesan Beberapa Individu Makan Di Tepi Sungai

Walaupun negara berdepan dengan wabak Covid-19 yang semakin serius, terdapat segelintir individu yang masih degil dan tidak menghiraukan prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan.

Tular satu rakaman di laman sosial Facebook yang memaparkan beberapa orang yang dipercayai penduduk kampung berkumpul dan makan beramai-ramai di tepi sungai.

Advertisement

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Polis Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Ab Wahid, berkata video berdurasi dua minit 17 saat yang tular di laman sosial Facebook itu dimuatnaik di akaun Atan Abdul.

“Perbuatan itu jelas melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN), iaitu larangan berkumpul, mengadakan atau menghadiri sebarang majlis berkumpulan.

“Kumpulan individu itu juga didapati tidak mematuhi penjarakan fizikal dan tidak menggunakan pelitup muka.

“Kes disiasat mengikuti Perkara 17 (1) Peraturan-Peraturan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021 yang memperuntukkan hukuman denda RM4,000 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada masa yang sama, Rupiah menasihati orang awam agar sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan agar kita dapat membendung wabak Covid-19 ini.

Video ini telah mengundang kemarahan netizen dan dianggap tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri serta wajar dikenakan tindakan yang tegas.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...