Polis Sahkan Punca Kes Buli MRSM Kuala Kangsar Berlaku Akibat Tegur Rakan Tonton Video L*cah

Berita

Polis Sahkan Punca Kes Buli MRSM Kuala Kangsar Berlaku Akibat Tegur Rakan Tonton Video L*cah

Sejak beberapa hari yang lalu, hangat topik mengenai kes buli seorang pelajar tingkatan tiga di tumbuk di bahagian perut di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Kangsar diperkatakan oleh ramai pihak.

Rakaman beberapa saat yang memaparkan mangsa dibuli itu tular di serata media sosial dan ianya telah menaikkan amarah warganet yang menonton video terbabit.

Advertisement

Dalam pada itu, siasatan polis baru-baru ini mengesahkan punca pembuli-pembuli menumbuk pelajar lelaki itu adalah kerana mangsa menasihati salah seorang daripada pembuli agar berhenti menonton video lucah.

Sumber : Google  

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid menerusi sebuah kenyataan oleh Harian Metro, ia merupakan hasil siasatan serta keterangan yang diperoleh daripada mangsa buli tersebut.

Tambahan lagi, mangsa turut berkata akan membuat aduan kepada warden atau guru sekiranya individu terbabit tidak mahu berhenti dari menonton video-video yang tidak senonoh itu dan kerana itu beliau menjadi mangsa buli.

Datuk Mior Faridalathrash WahidSumber : Google  

Mior Faridalathrash juga berkata, di dalam situasi itu, seorang pelajar tingkatan tiga telah mengarah enam suspek yang lain untuk menumbuk dan menendang mangsa.

Advertisement

Di samping itu, beliau turut menegaskan bahawa mereka telah merampas 11 telefon bimbit dan diberi kepada unit forensik bagi melihat kandungan di dalamnya.

Terdahulu, beberapa remaja yang dipercayai pelajar asrama menumbuk dan menendang seorang pelajar lain secara beramai-ramai, tular di media sosial menerusi beberapa video berdurasi 13 hingga 30 saat.

2 bulan lalu

10 Pelajar Terlibat Kes Buli MRSM Kuala Kangsar Ditamatkan Pengajian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...