Polis Sahkan Lelaki Yang Menggantung Anjing Di Pokok Mempunyai Masalah Mental

Trending

Polis Sahkan Lelaki Yang Menggantung Anjing Di Pokok Mempunyai Masalah Mental

Semalam, tular sebuah rakaman video yang membangkitkan kemarahan netizen terhadap tindakan seorang lelaki yang tidak berperikemanusiaan kepada seekor haiwan.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Batu 17, Sungai Sedu, Jalan Banting-Klang. Di dalam video tersebut, jelas menunjukkan lelaki tersebut mengikat leher anjing yang dikatakan anjing peliharaannya.

Advertisement

Lelaki berkenaan tergamak menggantung seekor anjing di sebuah pokok dan membiarkan haiwan tersebut menggelupur.

Video berdurasi 1 minit 37 saat itu disiarkan di laman Facebook Persatuan Haiwan Malaysia. Berdasarkan rakaman video tersebut, lelaki tersebut berkeras tidak mahu melepaskan anjing tersebut ketika seorang penyelamat datang.

Kira-kira pukul 11 malam hari yang sama, lelaki tersebut ditahan oleh bahagian kebajikan haiwan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tujuan tahanan reman. Lelaki tersebut tidak mempunyai pekerjaan dan tinggal bersama keluarganya.

Mempunyai masalah mental

Semakan rekod yang dijalankan mendapati lelaki yang berusia 45 tahun itu mempunyai masalah mental kerana pernah mendapatkan rawatan di Hospital Banting sejak tiga tahun lepas.

anjing

Gambar hiasan

Balai Polis Daerah Hulu Langat menerima laporan berkenaan insiden tersebut kira-kira 6:30 petang. Laporan dibuat oleh seorang wakil Bahagian Kebajikan Haiwan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Cawangan Banting.

Anjing tersebut berjaya diselamatkan setelah berlaku sedikit pertengkaran antara lelaki tersebut dan seorang penyelamat yang kemudian datang ke arah lelaki itu. Pemeriksaan awal mendapati anjing tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Insiden ini akan disiasat mengikut Seksyen 29 Akta Kebajikan haiwan 2015 (Akta 722) oleh Bahagian Kebajikan Haiwan DVS Cawangan Banting.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...