Semalam perbicaraan tentang dakwaan kes dadah, Datuk Farid Kamil telah diadakan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya. Dalam perbicaraan tersebut, seorang pegawai polis mengesahkan keputusan awal ujian saringan air kencing Farid adalah positif dadah jenis ganja THC atau Tetra Hydrocannibol.
Menurut, Inspektor Mohd Faizal Abdullah, yang juga saksi pertama pendakwaan itu, proses ujian awal saringan air kencing itu dilakukan di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, pada 11 Januari lalu, iaitu pada hari sama Farid menimbulkan kekecohan di Balai Polis Trafik Kota Damansara dimana beliau didakwa bertindak kasar dengan menampar seorang anggota polis dan seorang orang awam.
Tangkapan itu dibuat terhadap Farid yang membuat kecoh dan kekacauan di dalam Balai Polis Trafik Kota Damansara dan saya diberi arahan untuk melakukan ujian saringan awal air kencing terhadap tertuduh. Saya menjalankan ujian saringan air kencing terhadap tertuduh bagi memastikan sama ada tertuduh mengambil sebarang dadah ataupun tidak.
Farid juga menandatangani borang akuan pemberi yang menunjukkan tertuduh berpuas hati dengan prosedur pungutan air kencing yang dijalankan.
Pada 25 Januari lalu, Farid mengaku tidak bersalah atas kesalahan menggunakan THC, yang juga dadah terdapat pada ganja di Pejabat Narkotik, IPD Petaling Jaya jam 4.30 petang, tarikh sama.
Pertuduhan ke atasnya dibuat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM5,000 dan pengawasan polis tidak lebih tiga tahun jika sabit kesalahan.
Kredit Foto : NSTP SUPIAN AHMAD