Polis Sahkan Bekas Pelumba GP, Elly Idzlianizar Maut Akibat Cedera Parah Ditetak, Suspek Ada Pelbagai Rekod Jenayah Lampau

Trending

Polis Sahkan Bekas Pelumba GP, Elly Idzlianizar Maut Akibat Cedera Parah Ditetak, Suspek Ada Pelbagai  Rekod Jenayah Lampau

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop mengesahkan bekas pelumba Moto 3 dan Cup Prix negara, Elly Idzlianizar Elias, 40, semalam adalah kerana kecederaan parah akibat ditetak dalam satu pergaduhan di bandar itu.

Katanya, kejadian berlaku antara jam 9 hingga 10 malam, Selasa, apabila mangsa ke rumah seorang lelaki berusia 51 tahun di Taman Behor Gonchar Jaya, Kangar.

Advertisement

bekas pelumba moto GP maut ditetak

Mangsa telah tiba ke rumah suspek dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Iriz berwarna biru namun suspek tiada di rumah dan ketika itu hanya anak dan isterinya sahaja yang ada.

Mangsa beredar namun terserempak dengan suspek di laluan masuk persimpangan jalan taman perumahan itu dan tercetuslah pergaduhan dan pergelutan yang disertai dua lagi lelaki termasuk anak suspek pertama yang berusia 31 tahun.

Ketika polis tiba, mangsa dan tiga lagi individu yang terlibat sudah pun dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

 

Maut akibat pendarahan teruk

Namun, Elly Idzlianizar disahkan meninggal dunia pada 12.30 malam akibat pendarahan teruk selepas mengalami sekitar 10 hingga 12 kesan tetakan pada badan di mana satu kesa tetakan di bahagian tangan kanan, tiga di bahagian tangan kiri dan tujuh hingga lapan kesan tetakan di bahagian belakang badan mangsa.

bekas pelumba moto GP maut

suspek kes tetak bekas pelumba moto GP

Susulan itu, polis menahan tiga lelaki berusia antara 28 hingga 51 tahun yang dipercayai terbabit dalam pergaduhan itu dan turut merampas telefon bimbit, perakam video digital dan sebilah pedang samurai berukuran 112 sentimeter.

Mangsa dan suspek saling mengenali dan sering berurusan antara mereka mengenai perkara yang tidaklah sehingga membawa kepada pergaduan seperti semalam namun setakat ini, motif dan penyebab berlakunya pergaduhan masih disiasat.

 

Suspek ada pelbagai rekod jenayah

Tambah Yusharifuddin, saringan ujian air kencing yang dijalankan mendapati hanya suspek utama positif dadah dan semakan turut mendapati suspek utama mempunyai sembilan rekod jenayah lampau membabitkan cubaan membunuh dan dadah.

Suspek kedua berusia 28 tahun dan bekerja sebagai buruh di Arau pula mempunyai 12 rekod jenayah membabitkan pelbagai jenayah dan dadah manakala suspek ketiga yang berusia 31 tahun yang juga anak kepada suspek pula mempunyai lima rekod lampau membabitkan pelbagai jenayah dan dadah.

suspek kes tetak bekas pelumba moto GP

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

atlet uganda maut dibakar teman lelaki
2 weeks ago

Atlet Olimpik Maut Selepas Beberapa Hari Bertarung Nyawa Akibat Dibakar Hidup-Hidup Oleh Teman Lelaki

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...