Polis Sahkan Bayi Lelaki 9 Bulan Dibunuh Sebelum Diliwat Suami Pengasuh

Trending

Polis Sahkan Bayi Lelaki 9 Bulan Dibunuh Sebelum Diliwat  Suami Pengasuh

Baru sahaja melihat dunia, bayi suci ini terpaksa melalui detik hitam dek manusia kejam yang tidak berperikemanusian.

Hari ini, polis telah mengesahkan bayi lelaki yang berusia sembilan bulan ini bukan sahaja dibunuh malah diliwat suami kepada pengasuh di sebuah rumah di Kelana Jaya, di sini pada 27 April lalu.

Advertisement

Menyingkap insiden kejadian, mangsa dikatakan berada dalam bilik tidur bersama suspek lelaki manakala suspek wanita yang merupakan pengasuh sedang menyapu di luar kediaman mereka.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, polis turut menerima laporan kejadian itu pada 28 April daripada seorang pegawai perubatan yang bertugas di Hospital Sungai Buloh.

“Pegawai berkenaan memaklumkan telah menerima pesakit (mangsa) yang berusia sembilan bulan dalam keadaan tidak sedarkan diri yang dibawa suspek yang mengaku sebagai pengasuh”

Bayi

Gambar Hiasan

Lebih mendukacitakan, bayi tersebut telah meninggal dunia dan terdapat kesan pendarahan dan kecederaan di bahagian dubur ketika di Hospital.

Bertindak atas maklumat dan hasil risikan, pada 29 April sekitar pukul 8 malam, sepasukan polis dari Balai Polis Kelana Jaya dan Cawangan D9 telah memberkas pasangan suami isteri yang berusia 36 tahun itu di sebuah rumah di kawasan Kelana Jaya.

Jabatan Forensik ketika melakukan siasatan telah merampas pelbagai barangan yang disyaki telah digunakan dalam kejadian itu, antaranya dua lampin pakai buang, seluar, karpet dan peralatan seks yang dibungkus dalam baju

Hasil bedah siasat terhadap bayi tersebut mendapati terdapat kesan lebam di bahagian mulut disyaki ditekup menggunakan tangan dan beberapa kesan koyakan di bahagian dubur disyaki akibat kemasukan benda tumpul. 

Tambah beliau, kematian bayi berkenaan berpunca apabila mulutnya ditekup sehingga berlaku kesesakan nafas dan menyebabkan kematian.

“Hasil ujian saringan air kencing ke atas kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah jenis syabu”

Menurut laporan, suspek lelaki mempunyai dua rekod berkaitan dadah dan kedua-duanya direman selama 13 hari bermula 30 April lalu sehingga esok.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sungguh kejam! syurga tempatmu wahai anak kecil…

SUMBER

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...