Polis Rampas Wang Tunai, Barang Kemas, Beg Tangan Dalam Serbuan Di Kondo Berkaitan Najib

Trending

Polis Rampas Wang Tunai, Barang Kemas, Beg Tangan Dalam Serbuan Di Kondo Berkaitan Najib


Polis telah merampas 72 buah beg mengandungi wang tunai pelbagai jenis matawang dan sejumlah besar barang kemas serta 284 kotak mengandungi beg tangan mewah termasuk dari jenama Hermes Birkin apabila mereka melakukan satu serbuan di sebuah kondominium di Bukit Bintang malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh memberitahu Astro Awani pada 2.25 pagi bahawa barangan yang dirampas berkait dengan penyiasatan skandal 1MDB.

Advertisement

Sejak semalam sehingga hari ini, CCID relah menjalankan beberapa serbuan serentak di enam premis.

Ini termasuk Pejabat Perdana Menteri, kediaman rasmi bekas Perdana Menteri di Langgak Duta, serta empat lagi premis miliknya.

Di bangunan kondominium ini saja, kami menjalankan pemeriksaan di tiga unit.

Amar Singh menambah:

Jumlah barang kemas agak banyak. Kami tidak dapat mendedahkan maklumat mengenai item yang dirampas, kami perlu membuat pemeriksaan setiap item terlebih dahulu.

Apabila diminta memberi anggaran, dia berkata:

Rampasan ini hanya dari satu dari enam premis. Ada lagi barang yang dirampas dari premis lain.

Astro Awani melaporkan Amar Singh mengesahkan tiada orang di kondo tersebut semasa serbuan dibuat. Dia berkata serbuan itu dibuat setelah waran menggeledah diluluskan untuk premis-premis tersebut, yang merupakan milik seorang Tan Sri yang enggan dinamakan oleh Amar Singh.

Barang yang dirampas dimuatkan ke dalam lima trak dan dipindahkan ke lokasi yang tidak dirahsiakan.

BERNAMA melaporkan, polis juga telah merampas dokumen berkaitan 1MDB dari Pejabat Perdana Menteri. – amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...