“Polis Paksa Mengaku Bunuh..” – Nak Buktikan Diri Tak Bersalah, Pelaku Kes Pembunuhan Vina Buat ‘Sumpah Pocong’

Dunia

“Polis Paksa Mengaku Bunuh..” – Nak Buktikan Diri Tak Bersalah, Pelaku Kes Pembunuhan Vina Buat ‘Sumpah Pocong’

Lelaki yang sudah selesai menjalani hukuman penjara atas kes pembunuhan kejam gadis bernama Vina pada tahun 2016 tampil membuat ‘sumpah pocong’ untuk membuktikan diri tidak bersalah.

Buat ‘sumpah pocong’, bukti tak bersalah

Individu yang bernama Saka itu melakukan upacara tersebut setelah selesai menunaikan solat Jumaat.

Advertisement

‘Sumpah pocong’ itu turut disaksikan oleh warga sekitar dengan dipimpin oleh jemaah Padepokan Amparan Jati Cireban.

Pihak polis paksa mengaku jenayah tak dilakukan

Malah, Saka turut mendakwa bahawa pihak polis di sana yang memaksa dirinya untuk mengaku melakukan jenayah terbabit biarpun dia sama sekali tidak terlibat.

Difahamkan, pihak guaman yang turut hadir di sana memaklumkan ‘sumpah pocong’ itu bertujuan memperkukuhkan lagi fakta bahawa lelaki berumur 23 tahun itu tidak melakukan jenayah tersebut.

Untuk info ramai, ‘sumpah pocong’ adalah amalan tradisional di sesetengah kawasan di Indonesia, di mana individu yang melakukannya akan dimandikan serta dibalut dengan kain kafan seperti jenazah.

ustazah istiqomah
5 months ago

Hampir Setahun Hilang, Rupanya Mayat Tanpa Kepala & Tangan Milik Ustazah Istiqomah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...