Polis Nafi Layanan Istimewa Diberi Kepada Suspek Kes Bunuh Adik Zhaharif – “Kami Tak Anggap Pun Kes Ni Profil Tinggi””

Hiburan

Polis Nafi Layanan Istimewa Diberi Kepada Suspek Kes Bunuh Adik Zhaharif – “Kami Tak Anggap Pun Kes Ni Profil Tinggi””

Polis menafikan pihak mereka bersikap ‘double standard’ berkenaan layanan terhadap suspek kes bunuh pelajar berusia 17 tahun ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret, semalam.

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris di mana dia berkata kawalan ketat terhadap tertuduh di mahkamah adalah untuk menjaga keamanan dan ketenteraman awam di kawasan mahkamah berikutan ‘populariti’ kes berkenaan yang meluas.

Advertisement

Ujarnya lagi, kawalan tersebut adalah prosedur biasa seperti pesalah jenayah yang lain terutamanya perbicaraan mahkamah yang membabitkan kes yang menarik perhatian ramai.

Malah, kita (polis) tak anggap pun kes ini sebagai kes berprofil tinggi. Dia (tertuduh) sebagaimana pesalah biasa. Cuma ianya menarik perhatian, justeru bila menarik perhatian sebegini kita perlu ada kawalan yang ketat.

Jadi tidak ada isu ‘double standard’. Sepertimana kita tahu ia seperti pesalah yang lain. Maksudnya ‘escort’ (iringan) dari balai kemudian dibawa ke mahkamah dan dihadapkan kepada hakim. Jadi itu proses biasa.

Sebelum ini, kawalan ketat luar daripada kebiasaan terhadap suspek itu telah menimbulkan persoalan mengenai layanan ‘double standard’ dalam kalangan pengamal media yang hadir.

Rata-rata pengamal media menyifatkan liputan kes itu tidak dapat dilakukan seperti biasa sebagaimana pesalah lain yang dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

suspek langgar zaharif
4 months ago

Laluan Biasa Orang Media Dihalang Anggota Polis, Suspek Langgar Budak Sekolah Hingga Mati Diberi 'Layanan' Istimewa?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...