Polis Nafi Keluarga Nora Anne Terlibat Dalam Kehilangan Dan Kematiannya

Trending

Polis Nafi Keluarga Nora Anne Terlibat Dalam Kehilangan Dan Kematiannya

Polis menyifatkan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepada keluarga Nora Anne Quoirin, bahawa mereka terlibat dalam kehilangan dan kematian remaja itu sebagai tidak berasas.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop berkata tuduhan yang dibuat oleh peguam luar negara, Anne Brennan, hanyalah satu pembohongan.

Advertisement

Jadi kami menganggapnya fitnah bertulis kerana kami tidak menuduh sesiapa. Kami tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa ibu bapa Nora Anne terlibat.

Tuduhan itu tidak betul. Semalam, seorang pegawai di ibu pejabat polis di daerah Nilai membuat satu laporan polis berketaan satu muat naik di Facebook kerana memfitnah pasukan polis yang masih menjalankan penyiasatan.

Katanya kepada BERNAMA:

Ya, kami nafikan(tuduhan)nya dan muat naik itu berniat jahat kerana kami masih menyiasat.

Mohamad berkata, pasukannya sedang menyiasat tuduhan yang dibuat di satu akaun Facebook itu di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

Brennan, yang juga seorang aktivis kanak-kanak, melalui satu akaun Facebook membuat pelbagai tuduhan, antaranya menuduh bahawa keluarga Quoirin terlibat dalam kehilangan dan kematian anak mereka yang berusia 15 tahun, Nora Anne.

Peguam itu juga mendakwa polis Malaysia kurang pengalaman dan tidak melaksanakan tugas dengan baik.

Pada 13 Ogos, mayat Nora Anne ditemui 2.5km dari sebuah resort di Pantai, Negeri Sembilan, setelah dia dilaporkan hilang pada 4 Ogos. Keluarga itu mendaftar masuk untuk menginap di situ sehari sebelumnya.

Bedah siasat mengesahkan remaja kelainan upaya itu meninggal dunia disebabkan pendarahan dalam usus, berkemungkinan disebabkan kelaparan dan stres berpanjangan, tanpa sebarang elemen khianat.

Nora Anne dan ibunya Meabh Jaseprine Quoirin, bapanya Sebastien Marie Philipe dan dua adik Nora Anne tiba di Malaysia untuk percutian dua minggu pada 3 Ogos. — amazingnara.com  via Malay Mail & Bernama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...