“Polis Mungkin Salah Tetapi Kalau Ada Korban, Perusuh Sebenarnya Adalah Punca” – Prabowo

Berita

“Polis Mungkin Salah Tetapi Kalau Ada Korban, Perusuh Sebenarnya Adalah Punca” – Prabowo

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, berkata anggota polis negara itu yang didapati bersalah dalam menangani demonstrasi yang bertukar menjadi ganas baru-baru ini akan dikenakan tindakan tegas.

Bagaimanapun, tegas beliau, masyarakat tidak sepatutnya melupakan pengorbanan puluhan petugas keselamatan yang juga menjadi mangsa dalam insiden itu.

Advertisement

Ini sedang diselidiki. Kalau ada kesalahan, akan diambil tindakan.

Prabowo Presiden Indonesia

Tambah Prabowo, Polis Republik Indonesia (Polri) kini sedang menjalankan siasatan dalaman terhadap anggota yang didakwa melanggar prosedur semasa mengawal demonstrasi yang merebak ke seluruh negara sejak minggu lalu.

Polis kadang-kadang, ya namanya menegakkan hukum, ada yang khilaf, ada yang keterpaksaan. Tapi kalau ada korban, yang benar-benar salah adalah mereka yang membuat rusuhan sehingga rakyat tidak berdosa menjadi mangsa.

@revan29341 Lekas membaik Indonesia ku#saveindonesia🇮🇩 #prayforeindonesia #demo #fyp #viral #demoojol #ojol #ojolviral #berita #beritaviral #beritaterkini #demokrasi #demokrasiindonesia #fypage ♬ suara asli – Revan29 🇮🇩🇲🇾

Dalam pada itu, Prabowo juga mengucapkan penghargaan kepada anggota Polri yang tercedera atau terkesan semasa bertugas dan turut menekankan bahawa pasukan keselamatan telah bekerja siang dan malam untuk menjaga ketenteraman negara itu.

Tapi jangan lupa, puluhan petugas juga berkorban. Polis siang malam menjaga keamanan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Sahroni ambil tindakan undang-undang rumah diceroboh
2025-09-02 16:14:48

Rumah Diceroboh, Harta Benda Dicuri & Dirosakkan, Ahmad Sahroni Tegaskan Akan Ambil Tindakan Undang-Undang

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...