Polis Mulakan Siasatan Terhadap Dakwaan Individu Racun Lima Anjing Di Seremban

Trending

Polis Mulakan Siasatan Terhadap Dakwaan Individu Racun Lima Anjing Di Seremban

Polis telah memulakan siasatan terhadap dakwaan mengenai lima ekor anjing yang terbunuh di Lavender Heights, Seremban, akibat diracun setelah menerima laporan polis pada malam 5 Januari.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh menasihatkan orang ramai agar tidak menularkan maklumat kes itu untuk membolehkan polis membuat siasatan.

Advertisement

Seorang lelaki yang merupakan pemilik salah seekor anjing telah membuat laporan mengatakan anjingnya dan dua ekor anjing jalanan dipercayai telah diberi racun.

Kami telah pun memulakan siasatan dan berharap orang ramai berhenti mengongsi maklumat kes.

ACP Thiew berkata kes disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana membunuh atau mencacatkan binatang yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda.

Lima ekor anjing ditemui mati di kejiranan itu setelah mereka dipercayai diberikan racun antara 1 hingga 5 Januari.

Seorang pencinta haiwan yang hanya ingin dikenali sebagai Narin berkata, anjing-anjing itu dipercayai telah diberi makanan yang dicampur dengan racun tikus.

Empat ekor ialah anjing jalanan manakala seekor lagi memang mempunyai pemilik.

Berdasarkan maklumat yang diterima, kami tahu siapa yang lakukannya dan kami mahu pihak berkuasa menyiasat mereka kerana kezaliman terhadap haiwan.

Narin berkata, sukarelawan dan pemilik anjing terbabit telah menanam bangkai anjing malang itu untuk mengelakkan ia reput di tempat terbuka.

Dia berkata, adalah menyedihkan setengah individu telah membelakangkan undang-undang dengan bertindak meracun anjing-anjing itu.

Dia berkata Persatuan Kebajikan Haiwan Malaysia telah menghantar kertas kerja kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Zuraida Kamaruddin mengenai cara untuk memeriksa masalah haiwan jalanan tetapi tidak ada maklumbalas dari pihak berkenaan. –diterjemah untuk amazingnara.com

Sumber: The Star

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...