Polis Menyerbu Makmal Ketamin “First In Malaysia”, Dadah Bernilai RM16 Juta Dirampas & “Chemist” Ditahan

Trending

Polis Menyerbu Makmal Ketamin “First In Malaysia”, Dadah Bernilai RM16 Juta Dirampas & “Chemist” Ditahan

Polis berjaya mematahkan operasi makmal dadah ketamin pertama di Malaysia yang dipercayai didalangi oleh Geng 36 selepas menyerbu sebuah kilang kitar semual di Ulu Tiram, Johor Bahru, Johor hari ini.

Advertisement

Dalam serbuan itu, Pasukan Khas Taktikal dan Perisikan Narkotik (String) Bukit Aman berjaya merampas 269 kg dadah jenis ketamin yang dianggarkan berjumlah RM16 juta.

Sumber Utusan Online berkata, dalam serbuan jam 5 pagi itu, seramai 23 individu berusia antara 30 – 50 tahun ditahan termasuk empat warga tempatan yang dipercayai ahli kumpulan Geng 36.

Sumber berkata lagi, 19 suspek yang lain adalah lelaki warga India yang didatangkan khas ke negara ini untuk memproses dadah dan ada juga antara mereka yang berperanan sebagai ‘ahli kimia’.

“Kilang itu dipercayai mula beroperasi sejak awal tahun ini dan bahan-bahan kimia yang diperlukan untuk memproses dadah tersebut turut dibawa masuk dari India.

“Dadah yang dirampas dipercayai untuk dipasarkan ke seluruh negara. Difahamkan, sindiket ini mula memproses dadah jenis ketamin ekoran harga dadah yang melambung tinggi selain sukar didapati di negara ini,” katanya.

Serbuan itu juga disahkan oleh Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar yang turut mengucapkan tahniah atas kejayaan pasukan Sting itu.

“Syabas STING @PDRMsia tangkap 23 orang termasuk ‘Chemist’ dari India dan bongkar makmal proses ketamin di Johor Bahru. Rampas 269 kilogram ke­tamin. #GoPDRMGo,” ujarnya Khalid di Twitter.

Sumber :  Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.