Polis Menafikan UFO Berlegar Di Ruang Udara Kuala Kerai

Trending

Polis Menafikan UFO Berlegar Di Ruang Udara Kuala Kerai

ufo2.transformed_0

Polis Kelantan menafikan terdapat objek terbang yang tidak dikenali (UFO) berlegar di ruang udara Kuala Kerai seperti video yang disebarkan melalui media sosial. Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning, berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan daripada penduduk kawasan berkenaan berhubung kejadian itu.

Advertisement

“Video itu disebarkan oleh pihak tertentu tanpa mengetahui sebabnya,” kata beliau ketika dihubungi BERNAMA. Selain penyebaran video berdurasi 1 minit 25 saat menerusi media sosial itu, ia turut mengaitkan maklumat itu kononnya daripada Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), dengan meletakkan perkataan “BERNAMA”.

Berita yang diviralkan itu menyebut: “Penduduk Kuala Krai Kelantan dikejutkan dengan objek dipercayai U.F.O. berlegar-legar di ruang angkasa berhampiran pusat cembong batu nang.

“Kejadian disaksikan dengan jelas oleh penduduk kampung selama beberapa minit sebelum objek itu hilang meninggalkan kawasanitu. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan ketika kejadian berlaku.BERNAMA.” – BERNAMA

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...