“Polis Korea Datang Pulak Selamatkan Saya” – Kim Seri Hampir Terjun Dari Tingkat 5 Kerana Tertekan, Kini Hadiri Program Kaunseling

Trending

“Polis Korea Datang Pulak Selamatkan Saya” – Kim Seri Hampir Terjun Dari Tingkat 5 Kerana Tertekan, Kini Hadiri Program Kaunseling

Menerusi Instagram story, pempengaruh Malaysia yang kini menetap di Korea, Kim Seri berkata dia memilih untuk berkongsi perkara-perkara yang positif sahaja meskipun hidupnya kini dalam keadaan yang tidak tentu arah.

Malah, Kim Seri turut mendedahkan antara perkara negatif yang dia tidak kongsi sebelum ini adalah dia pernah cuba terjun daripada tingkat lima dipercayai kerana tertekan dengan permasalahan dihadapinya ketika ini.

Advertisement

Harini nak terjun dari tingkat 5 rumah saya tapi polis Korea datang pula selamatkan saya. Dia (polis) masukkan saya dalam program kaunseling selama beberapa hari.

IG story Kim Seri

IG story Kim Seri

Kim Seri menceritakan tentang insiden tersebut untuk berkongsi selepas ada yang mempersoal dia seperti menjalani kehidupan dengan tenang seperti tiada apa yang berlaku.

Sementara itu, Kim Seri berkata dia kini sedang dalam usaha untuk membayar semula wang kepada mangsa-mangsa penipuan pakej percutian dikelolakannya. Katanya, dia kini sudah mula membuat review, menjual produk dan lain-lain untuk mengumpulkan wang diperlukan.

Kim Seri

Tambahnya, apa yang lebih sukar buatnya adalah banyak produk yang duba dipromosikan olehnya meminta untuk tidak lagi bekerjasama kerana terpalit isu hutang tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kim seri masih tak bayar hutang
2 days ago

Kim Seri Gagal Kotakan Janji, Minta Diberi Sedikit Masa Untuk Langsaikan Hutang - "Kepada Semua Yang Menanti 1 Februari.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...