Syarikat Cetak Sijil Digital Vaksin Dikesan Polis

Trending

Syarikat Cetak Sijil Digital Vaksin Dikesan Polis

Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Dato’ Muhyiddin Yassin telah mengumumkan kelonggaran bagi individu yang sudah lengkap mengambil dos suntikan baru-baru ini. Ia sedikit sebanyak menyukarkan golongan antivaksin ataupun yang belum mendapat sijil digital vaksin kerana belum melengkapkan vaksinani untuk merasai kelonggaran yang diumumkan itu.

3 years ago

Netizen Puji Restoran Maklum Semua Pekerja Telah Divaksin


Advertisement

Tawar Khidmat Cetak Sijil Digital Vaksin?

Sijil digital vaksin
Menurut laporan Berita Harian, polis Kedah telah mengesan sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan percetakan sijil digital vaksinasi serendah RM15 melalui laman sosial.

Ketua Polis negeri, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata bahawa masih tiada lagi kes yang melibatkan penipuan berhubung perkara ini. Pihak polis dikatakan akan menghubungi dan meminta syarikat berkenaan untuk menarik balik iklan mencetak sijil digital vaksin berkenaan.

“Selepas ini, kita akan menghubungi syarikat e-dagang terbabit supaya menarik balik iklan mencetak sijil digital vaksinasi bagi mengelak kebimbangan orang ramai.”

Satu kertas siasatan dibuka susulan perkara ini mengikut Seksyen 22 (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

Bagi sesiapa yang tidak mahu mengambil vaksin, apa nak takut? Pergilah ambil. Ianya adalah salah satu langkah untuk kita mencegah dari dijangkiti wabak yang melanda ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...