Polis Kesan Penduduk Taman ‘Hilang’ Dengan Cara Periksa Rumah Ke Rumah

Kehidupan

Polis Kesan Penduduk Taman ‘Hilang’ Dengan Cara Periksa Rumah Ke Rumah

Bagi mengemas kini data bilangan penduduk, polis akan membuat pemeriksaan dari rumah ke rumah kerana mengesyaki ada di kalangan penduduk ‘hilang’ berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di sebuah taman daerah Sepang tengah malam tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, penugasan tiga pasukan akan terus digerakkan bagi mengumpul data penduduk di taman berkenaan mulai hari ini.

Advertisement

Tambahnya, seramai 44 pegawai dan anggota polis turut ditempatkan di kawasan berkenaan yang bertugas mengikut tiga syif di empat pos kawalan Taman Murni.

“Dalam pada itu, polis turut memohon bantuan daripada Jabatan Sukarelawan bagi membantu melakukan pemantauan sepanjang tempoh PKPD di taman tersebut”.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Kosmo! hari ini. Kawad besi sepanjang 600 meter dipasang “Dalam pada itu, polis turut memohon bantuan daripada Jabatan Sukarelawan bagi membantu melakukan pemantauan sepanjang tempoh PKPD di taman tersebut semalam.

PKPD dilaksanakan di taman berkenaan adalah kerana terdapat 80 kes positif jangkitan Covid-19 dikesan di Taman Murni dan ia membabitkan 2,000 penduduk daripada 520 keluarga yang menghuni taman itu.

SUMBER 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...