KUALA LUMPUR: Polis telah menyelesaikan satu kes kecurian di Plaza Low Yat, Bukit Bintang yang telah mencetuskan insiden pergaduhan pada Sabtu.
Sumber polis memberitahu kes tersebut ialah kes kecurian jelas melibatkan suspek berusia 22 tahun, yang melarikan satu telefon bimbit dari sebuah kedai tanpa membayar.
Siasatan mendapati lelaki itu telah mencuri sebuah telefon bimbit yang menyebabkan dia ditahan orang ramai
Polis juga mendapatkan satu rakaman CCTV yang menunjukkan suspek berbincang dengan seorang wakil penjual sebelum mengambil telefon itu dan beredar semasa penjual melihat ke tempat lain.
Sumber memberitahu wakil jualan itu terkejut apabila menyedari barang jualannya telah dicuri dan menjerit meminta tolong. Ini menyebabkan suspek lari turun menggunakan eskalator sebelum terjatuh.
Suspek ditangkap oleh sekumpulan lelaki di tempat itu sebelum dia diserahkan kepada pengawal keselamatan.
Penahanan suspek telah menyebabkan rakan-rakannya berang, yang kemudiannya datang ke plaza itu pada pukul 7.50 malam pada Sabtu bagi membalas dendam.
Kumpulan tujuh lelaki itu mengamuk dan memukul beberapa orang pekerja di sebuat kedai telefon bimbit dan merosakkan produk dan alatan di dalamnya.
Video dan gambar insiden tersebut menjadi viral di media sosial tidak lama selepas kejadian itu berlaku, dengan pelbagai versi khabar angin disebarkan antaranya isu perkauman.
Khabar angin tersebut menyebabkan satu kumpulan 100 orang lelaki yang mendakwa mewakili beberapa badan bukan kerajaan untuk menunjuk perasaan di depan plaza tersebut. Bagaimanapun tindakan pantas polis berjaya menghalang kejadian tidak diiingini dari berlaku.
Sumber : NST