Polis Johor telah mengeluarkan sebanyak 1,448 saman atas pelbagai kesalahan trafik dalam Op Utama yang dilancarkan selama tiga hari bermula Isnin lepas.
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, operasi yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) itu antaranya menumpukan penguatkuasaan bagi kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat, memotong barisan termasuk garisan berkembar, memandu sambil menggunakan alat komunikasi serta melebihi had kelajuan.

gambar hiasan
Difahamkan, kesalahan tidak mematuhi lampu isyarat merah merekodkan jumlah saman tertinggi iaitu sebanyak 547 saman.
Selain itu, sebanyak 60 saman dikeluarkan atas kesalahan memotong di garisan berkembar, 55 saman menggunakan alat komunikasi semasa memandu dan 48 saman kerana memotong barisan.
Sementara itu, sebanyak 263 saman lagi dikeluarkan atas pelbagai kesalahan termasuk nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, aksesori tidak sempurna, ubah suai ekzos, tiada lesen dan lesen tamat tempoh, tidak memakai tali pinggang keledar serta tiada perlindungan insurans.

gambar hiasan
Kata beliau, operasi itu bertujuan mendidik pengguna jalan raya supaya mematuhi peraturan dan undang-undang lalu lintas sekali gus mengurangkan kadar kemalangan.
Menurutnya lagi, punca utama kemalangan disebabkan kecuaian pengguna jalan raya yang memandu melebihi had laju berdasarkan kajian yang dilakukan sejak Januari hingga April lepas.
Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.