Polis Jalani Operasi Pantau Perintah Kawalan Pergerakan, Ramai Beri Alasan Tidak Munasabah

Trending

Polis Jalani Operasi Pantau Perintah Kawalan Pergerakan, Ramai Beri Alasan Tidak Munasabah

Bermula 18 Mac sehingga 31 Mac 2020, kerajaan telah mengumumkan supaya semua rakyat Malaysia meluangkan masa di rumah sahaja di bawah Perintah Kawalan Pergerakan. Langkah ini diambil supaya dapat membendung penularan COVID-19 ke peringkat yang lebih serius.

Mengecewakan apabila terdapat segelintir masyarakat yang berdegil dan tetap memenuhi tempat awam meskipun perintah itu telah pun dikuat kuasakan. Boleh dikatakan masih ramai lagi penduduk di setiap negeri yang tidak mematuhi arahan ini.

Advertisement

4 years ago

Hari Pertama Perintah Kawalan Pergerakan, Orang Ramai Ingkar Penuhi Tempat Awam Seperti Biasa

Disebabkan oleh sikap rakyat yang sambil lewa ini, Perdana Menteri ke-8 iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa membuat perutusan khas sekali lagi bagi memperingatkan semua untuk tidak keluar daripada rumah agar dapat mengawal penularan COVID-19.

tan sri muhyiddin yassin

Sejurus perutusan itu, Polis Kontinjen Selangor telah pun mengadakan operasi secara besar-besaran pada 8 malam semalam bagi memantau orang ramai yang ingkar dan terus berkeliaran di jalanan tanpa segan.

Semasa melalui sekatan jalan raya, pihak polis disajikan dengan pelbagai alasan yang tidak munasabah atas sebab kenapa mereka berada di jalan raya meskipun sudah menerima arahan untuk mengawal pergerakan mereka.

Hantar barang, beli makanan segera, ada kerja sikit dan ada hal.

sekatan jalan raya untk perintah kawalan pergerakan

Itu adalah antara alasan yang dikemukan oleh mereka yang ditahan oleh pihak polis ini. Bukan sengaja dilakukan tetapi operasi ini memberi fokus untuk mendidik rakyat betapa pentingnya untuk berada di rumah pada saat yang genting ini.

Pada peringkat awal ini, pihak polis akan menggunakan pendekatan menasihati orang ramai namun bertegas bahawa mereka tidak teragak-agak untuk menggunakan pendekatan undang-undang termasuk menangkap serta membuka kertas siasatan kepada sesiapa yang masih ingkar.

Jadi rakyat Malaysia yang bijak dan patuhilah Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...