Polis Evo Sudah Berjaya Kutip RM 15 Juta Setakat Ini, Masih Lagi Ditayangkan Di Pawagam

Hiburan

Polis Evo Sudah Berjaya Kutip RM 15 Juta Setakat Ini, Masih Lagi Ditayangkan Di Pawagam

Sudah lama filem tempatan tidak mendapat sambutan yang cukup hangat tetapi kali ini filem Polis Evo telah mencetuskan satu fenomena baharu apabila berjaya menjadi filem dengan kutipan paling tinggi  sebanyak RM 15 juta dan ia sekaligus telah menewaskan filem KL Gangster yang sebelum ini mempunyai kutipan RM 12 juta.

Advertisement

Mendapat pelbagai reaksi positif daripada mereka yang sudah menonton filem ini serta beberapa hebahan di media sosial, Polis Evo memanjangkan tempoh tayangannya di pawagam.

Filem arahan Ghaz Abu Bakar yang menggandingkan Shaheizy Sam serta Zizan Razak sebagai pelakon utama mengandungi aksi yang cukup hebat dengan jalan cerita yang menarik. Malah, Ghaz juga menyelitkan sedikit elemen lawak agar penonton tidak begitu tertekan ketika menonton filem tersebut.

Polis Evo merupakan filem bergenre aksi dan ia memaparkan kisah dua anggota polis,  Khai (Shaheizy Sam) dan Sani (Zizan Razak) yang mempunyai personaliti yang sangat berbeza tetapi mereka harus bekerjasama untuk menjatuhkan sebuah operasi pengedaran dadah di negeri Terengganu.

Sumber Berita:  Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...