Tahniah diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dengan pembikinan filem Polis Evo. Kini filem lakonan Shaheizy Sam, Zizan Razak serta Nora Danish itu telah pun mengenepikan filem The Journey selaku filem tempatan paling laris. Jumlah kutipan Polis Evo yang terkini ialah RM17.30 juta selepas 42 hari ditayangkan di seluruh Malaysia dan Brunei.
Untuk makluman, filem The Journey telah pun berjaya mengutip RM17.28 juta ketika ditayangkan pada tahun 2014. Menariknya, filem Polis Evo masih lagi ditayangkan di beberapa buah pawagam susulan sambutan hangat yang diberikan. Mungkinkah Polis Evo berjaya mencapai kutipan Rm18 juta? Sama-sama kita nantikan.
Sekali lagi tahniah diucapkan buat semua yang terlibat terutamanya pengarah filem ini, Ghaz Abu Bakar serta penulis karya asal iaitu Joel Soh, Kyle Goonting dan Anwari Ashraf. Anda berjaya membuktikan yang filem tempatan masih mampu membuat kejutan. Filem yang berkualiti pasti akan menarik penonton ke pawagam. Semoga selepas ini semakin banyak filem berkualiti seperti Polis Evo akan dihasilkan.