Polis mengesahkan bahawa mereka tidak menerima sebarang laporan berhubung dakwaan kehilangan wang berjumlah RM70,000 milik arwah Akiko Okumura, seperti yang didakwa oleh suaminya, usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridzuan Ridzokumura.
Memetik laporan Kosmo!, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, memaklumkan bahawa sehingga kini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan daripada Ridzuan berkaitan perkara tersebut.
Setakat ini, pihak polis tidak ada terima apa-apa laporan daripada individu tersebut.
Dakwaan kehilangan wang itu timbul selepas Ridzuan mendedahkan dalam siaran langsung di TikTok bahawa wang tunai yang disimpan dalam sampul dan diletakkan di dalam beg tangan arwah isterinya telah hilang secara misteri.
Duit yang hilang bukanlah sedikit, saya anggarkan dalam RM60,000 hingga RM70,000. Duit itu adalah lebihan selepas kami pulang bercuti dari Jepun pada Februari lalu.
Masa itu saya masih dalam keadaan kehilangan, jadi baru nak periksa semula apa yang patut. Dua tiga hari lepas, barulah saya perasan.
Ridzuan turut meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak yang sanggup mengambil wang tersebut, lebih-lebih lagi ketika mereka sekeluarga masih bersedih atas pemergian isterinya.
@chaatwin32
“Sampai hati, duit orang meninggal pun nak ambil. Bukan orang luar, tetapi orang sekeliling juga. Ketika itu, yang datang hanyalah kawan-kawan terdekat, polis, forensik dan sebagainya,” katanya.
Untuk makluman, Ridzuan sebelum ini kehilangan isterinya, Akiko, yang meninggal dunia bulan lalu selepas dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Subang Jaya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.